Friday, December 30, 2011

mera RESOlution

mera?? its me (mera – hindi version) azam..ada ke? actually x der pun..masuk n kuar thn baru x byk beza for me. apa yg berlaku secara plan n unplanned either its happen or not happen, pasrah..mungkin ada yg x diusahakan bersungguh2..dan ada yg rasanya dah habis usaha tp still x dpt achieve..so lumrah adat kehidupan. kena terima n cuba lg nxt yr even sometimes rasa dah fed-up..tp ada certain things x mampu bhenti/tamatkan begitu shj..terpaksa jua cuba n usahakan lg n lg…yg bleh ditamatkan usaha rasanya cukup ler takat tu kalu x berjaya n kalu berjaya akan trus berjuang utk trus berjaya. so basically me hv not much resolution..coz byk resolution involve money..so kalu in $ ada..bleh ckp..if not simpan dlm peti pekak dah ler Nyah-Nyah

however bwh ni ada tips utk bacaan n panduan bersama on how to hv or make resolution base on our life as a muslim…lets read!!

 

5 Tips Menetapkan Azam Mengikut Ajaran Islam

Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi.

Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam.

1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.

Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.

2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.

Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.

3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.

Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.

4. Set Untuk Kebaikan Bersama.

Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama. Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.

5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.

Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.

Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti.

 

me berharap segala azam tercapai berlandaskan niat yg ikhlas n tindakan yg beriman..semuga diredhaiNYA

Tuesday, December 27, 2011

sungguh x der MOOD

doi…x bersemangatnya nak kerja hr ni. cuti 3 hr mcm x cukup..erm mmg ler x cukup coz 2 hr jer dah full day travelling pergi n balik kg..so kpenatan berjln tu masih terasa. however kalu duk umah pun sama gak…pnat duk memerap kat umah ler plak..busan. so mmg bg ler bepa hr pun cuti kat org bkerja ni, x penah nak cukup pun. so sib baik ler dtg keja pg2 ni, bos half day..so dpt relax2 skit buat kerja.

apa2 pun..kerja harus dibuat sampai siap..if not lg berlambak ler…so till then..kna KERJA woo…cari mkn..mkn gaji..x bleh sesuka hati nak berehat x tentu masa…huhu Disappointed smile

Friday, December 23, 2011

love FRIDAY

morning….pepagi masuk ofis n seat depan computer..rasa bersemangat plak…basically x tau naper..terasa hati girang..naper ek? btw rasa hr ni mcm in love in so many things..love to hv long weekend, love to work half day only today, love to do my wedding order, love to chit chatting wif my mom later on (everyday kerja..sblah mlm x dpt ckp lama dah tido) n lastly rasanya mlm td baru dpt tido awal dgn mr hub..slalu masuk tido jam 12/1pg…gila kan…ada jer benda nak buat. oh..oh..I’m in love with FRIDAY day…ada hikmah betul hr jumaat ni yer..hati pun tnang jer rasa. syukur.

finally I love this picca…smlm sblm balik ofis sempat mengoogle blog org ni n found this lovely picca ..ada class tersendiri dlm fotografinya.

image

pls visit HERE for more

Thursday, December 22, 2011

its confirm..REDHA

semalam akhirnya penantian berakhir..dan dlm minda ku byk yg berquestion mark???? how to face n how to react tp life must goes on.n bila dgr radio sinar berciter tentang apa yg mnarik sepanjang thn 2011, me n mr hub spontaneously said nothing best happen to us in this yr…ye ker? tertanya2 lak dlm hati..x bersyukur ke aku dgn umur yg masih bersisa ni..dgn sgala yg terjadi selama ni..even ada turun naik n jatuh bangun n tawa tangis…SYUKUR tp aku pun manusia, kadang hati ni berbolak balik dek ganguan si syaitan yg menghuni dunia kita ni..apa2 pun kami redha dgn apa yg terjd. even kekadang tertanya sdiri naper doa ku masih x termakbul?? susahnya hati ini ingin menerima dgn tenang…mudah2an kecelaruan ini berlalu dgn bantuanNYA. n terbaca ini semasa bersurfing mencari info yg berkaitan, n membantu diri ini mengingati n memahami kembali qada’ n qadar ALLAH. syukur

 

Apabila Allah cepat makbulkan doa kita,maka dia menyayangi kita...
Firman Allah,maksudnya:"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka):Sesungguhnya Aku sentiasa hampir(kepada mereka):Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(Surah Al-Baqarah 186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu,Dia ingin menguji kita. Menurut al-Khatabi:"Jika Allah tidak menjawab doa seseorang,Dia kan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan,menggantinya dengan pahala

Apabila Dia tidak makbulkan doa kita,maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita...
Firman Allah,maksudnya:"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah),Allah jua Yang Maha Mengetahui(semua itu),sedang kamu tidak (Surah Al-Baqarah 216)
Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Firman Allah s.w.t,maksudnya:Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu,maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."(Hadis Qudsi)

 

Pernahkah kita terfikir siapakah yang memperkenankan hajat kita? Adakah semua hajat kita itu tertunai atas usaha kita semata-mata? Ada caranya hajat cepat ditunaikan.

1. Berdoa dan minta pada Allah.
Sudah pasti Allah itu pemberi rezeki. Allah maha mengetahui isi hati hambanya. Dalam alQuran Allah telah berfirman yang maksudnya “mintalah padaKu, nescaya akanKu perkenankan”.

Mintalah pada Allah agar hajat kita tercapai. Jangan malu, jangan segan. Apakah kita masih tidak percaya dengan firman Allah? Jangan jadi orang sombong dengan tidak berdoa.

Doa itu senjata umat Islam. Gunakanlah ia sebaiknya.

2. Menyempurnakan hajat orang lain.
Indahnya dalam Islam pabila tolong menolong menjadi keutamaan. Cantiknya Islam bila kita sempurnakan hajat orang lain, hajat kita akan tercapai.

Rasulullah telah bersabda yang bermaksud ” Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya pula”.

Kedua-dua cara itu mudah diungkapkan tapi amat payah dilaksanakan. Biasalah benda mudah pasti tak ramai yang nak buat. Tiada cabaran katanya. Pandanglah, renunglah.. Insyallah hajat kita akan tercapai

 

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa
Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu
Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini.

Wednesday, December 21, 2011

my new SHOPping venue

salam…near to my housing area dah buka AEON Jusco shopping complex..alhamdullillah…after few mths of looking at e’ constructions site on the progress, finally its open e’ door to public officially on 19/12/11. it’s a 15min drive frm house doorstep so last nite only I hv e’ opportunity to give a visit to this mall. 1st me n my mom (kbetulan dtg for 1 week) drop in n later on follow by mr hub n my father.

well e’ mall is quite big with 100 tenants shop lot area n jusco store itself. so wandering around wif umi is so nice…bleh singgah2 tgk ladies things..so me sempat masuk kedai NOSE, Primavera, Polo Haus n lastly is Popular bookstore. so I said to myself this mall will be my next tempat lepak wif mr hub n fren setaman spt Soy n Titah…coz mmg x jauh langsung n somemore ianya jalan laluan pergi balik kerja tiap2 hr. besides kalu nak bershopping brg2 branded pun dah x perlu ke kl or damansara…almost everything is available here. n I heard they will be a Cineplex opening soon in this jusco…Rolling on the floor laughing SUKERnya.

imageimage