Wednesday, June 13, 2012

oh PERUT

ok..ini citer ketidakpuasan hati dgn rupa bentuk perut sdiri OK...buncit ler...waaaaaaaaaaa :(. tense bila tgk perut buncit..x suker...!!(sapa suke kan perut buncheet ni....ooo) tgk lelaki perut buncit pun x suka apatah lg kalu perempuan..so kali ni diri sdiri...so tgj buat2 kerja kat opis sempat ler mengoogle info2 yg patut utk overocme prob ni. so bwh ni adalah sebab naper leh jd bunch (shortform udah ler..sgan mau tulis full name dia..ahaks2) n cara atasi...(krn masa yg kureng maka copy paste adalah kaedah terbaek digunakan).

 1) Amalkan cara duduk tegak. Apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

- praktikal utk dibuat di tempat kerja

2) Sapu perut dengan perahan limau dan kapur makan...sapu dalam urutan membulat hokey. Kalau rajin boleh balut dengan bengkung.Kena amalkan selalu. 

- benkung pun x der..n masa juga (wah super BZ ker aku ni??)

3) Ambil sedikit daun lidah buaya, masukkan ke dalam periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan dengan api kecil sehingga pekat. Tutup api dan biarkan ramuan menjadi suam dan kemudia baru dilumrkan pada perut.

- kalu hidupan tu pun x der..camna lar nak buat kan...so hanya utk pengetahuan am aku

4) Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan segelas air panas. Biarkan semalaman. Esoknya baru minum. Amalkan setiap hari sehingga mendpat perut idaman..

- ini snang....boleh cuba

5) Jaga pemakanan. Jangan makan makanan berlemak dan berminyak. Ais jangan minum.
- mmg x der ais sejuk kat umah but stillllllllllll...huhu

petua kempiskan perut

well slain diatas..senaman pun ok..nak jd citer dulu2 slalu buat sit-up lpas solat subuh..dpt ler dlm 10x sit-up...tp x kekal..celah blum jer...so skrg lg ler, mmg trus x buat...lbih2 lg bila itu bunch x nampak surut...huhu. tp hasil info hr ni spt dibwh:

Masih ramai yang beranggapan senaman seperti “sit up” dan “crunches” akan dapat mengempiskan perut. Sebenarnya, senaman ini TIDAK AKAN mengempiskan perut. Ia hanya akan menguatkan dan menimbulkan bentuk otot-otot abdomen setelah lapisan lemak yang menyeliputinya berjaya disingkirkan.

Untuk memperolehi hasil yang maksima dalam usaha mengempiskan perut, lakukan aktiviti senaman yang banyak menggunakan otot-otot besar. Ini akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh yang akan membakar lemak secara keseluruhan. Kemudian, tambah rutin senaman dengan aktiviti “sit up” dan “crunches” agar bahagian perut akan kelihatan lebih kemas menarik.


 Rutin Senaman Yang Berkesan

Peringatan: Sebelum memulakan apa jua gerak senaman, pastikan anda melakukan pemanasan badan sekurang-kurangnya selama 10 minit. Gerakan pemanasan yang boleh dilakukan adalah seperti berlari setempat atau melompat setempat secara perlahan.

1- Half Squat - Separa Menyangkung
Senaman ini merupakan salah satu gerak senaman menggunakan otot besar yang amat efektif untuk meningkatkan metabolisma tubuh.



Cara Melakukan
  • Berdiri tegak dengan kaki dibuka selari dengan keluasan bahu.
  • Tarik nafas dan mula menyangkung sambil memastikan badan sentiasa tegak. Boleh juga meluruskan tangan ke hadapan untuk mengimbangi badan.
  • Apabila peha berada pada sudut 45 darjah (selari dengan lantai), berhenti seketika dan berdiri tegak semula sambil menghembus nafas. Tumpukan perhatian kepada menggunakan otot peha ketika menolak badan untuk berdiri semula.

Lakukan gerakan ini sebanyak 20 kali dalam satu set. Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua. Lakukan sebanyak 3 set. Apabila anda telah semakin kuat, tambahkan menjadi 4 set.

Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot pulih daripada “kerja” berat yang dilakukan.

2-Push Up – Tekan Tubi
Senaman yang menggunakan otot dada secara efektif ini sememangnya sudah dikenali ramai.



Cara Melakukan
  • Lakukan posisi meniarap dengan kedua tangan dibuka pada keluasan bahu dan lurus menekan lantai menggunakan tapak tangan. Pastikan belakang tubuh anda dalam keadaan lurus.
  • Tarik nafas dan mula turunkan badan anda menuju lantai. Pastikan belakang badan anda sentiasa tegak semasa menurun. Pastikan juga tapak tangan berada pada di paras dada semasa badan anda hampir sampai ke lantai.
  • Berhenti apabila badan anda hampir mencecah lantai. Hembus nafas sambil menolak semula badan anda ke posisi permulaan. Tumpukan perhatian kepada menggunakan otot dada untuk melakukan penolakan.

Lakukan gerakan ini sebanyak 10-15 kali dalam satu set. Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua. Lakukan sebanyak 3 set. Apabila anda telah semakin kuat, tambahkan menjadi 4 set.




Tip: Jika anda tidak biasa melakukan senaman ini, anda boleh bermula dengan melakukan posisi meniarap hanya sekadar lutut sahaja. Ini akan mengurangkan tekanan untuk membolehkan anda berjaya melakukan senaman ini. Apabila anda sudah semakin kuat, bolehlah melakukan posisi meniarap sepenuhnya.

Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot mengalami masa rehat untuk pulih.

3- Chin Up
Senaman ini akan menggunakan otot belakang badan anda dengan efektif. Berikan lebih tumpuan kepada menggunakan otot belakang semasa melakukan senaman ini.



Cara Melakukan
  • Anda perlu bergayut pada sebuah palang menegak yang mampu menampung berat badan anda. Pastikan badan anda tergantung sepenuhnya dengan tangan anda berada dalam keadaan lurus. Tapak tangan anda boleh menggenggam ke arah belakang atau ke hadapan.
  • Tarik nafas dan tarik badan anda ke atas menuju palang. Tarik sehingga dagu anda melepasi palang. Tumpukan perhatian kepada lebih menggunakan otot belakang anda semasa menarik.
  • Sebaik sahaja dagu anda melepas palang, turun semula dengan perlahan sambil menghembus keluar nafas sehingga badan anda tegak semula.

Lakukan gerakan ini sebanyak 8-10 kali dalam satu set. Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua. Lakukan sebanyak 3 set. Apabila anda telah semakin kuat, tambahkan menjadi 4 set.

Tip: Untuk memudahkan gerakan ini pada peringkat permulaan, anda boleh tampung berat badan anda dengan meletakkan sebelah kaki di atas kerusi ketika badan anda dalam keadaan tergantung. Semasa anda menarik badan ke atas, tolak sedikit menggunakan sebelah kaki berkenaan.

Cuba beri tumpuan kepada lebih menggunakan otot belakang semasa menarik dan hanya menggunakan sedikit tolakan kaki anda sebagai bantuan.

Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot mengalami masa rehat untuk pulih.

Gerakan-gerakan senaman yang dinyatakan di atas sememangnya agak sukar dilakukan sekiranya anda tidak biasa bersenam. Tetapi lazimnya kesukaran ini hanya di peringkat permulaan sahaja. Apabila anda sudah semakin kuat, anda pasti akan dapat melakukannya dengan lebih mudah.

Gerak Senaman Untuk Hasil Yang Maksima

Apabila anda sudah semakin kuat, anda boleh meningkatkan lagi tahap kesukaran latihan ini. Ini akan meningkatkan lagi kadar metabolisma tubuh anda, kerana anda akan memberi lebih banyak tekanan terhadap otot-otot anda.

Gerakan ini dikenali sebagai “superset”. Ia dilakukan dengan menggabungkan 2 jenis senaman di dalam satu set.

Cara Melakukan
  • Lakukan senaman Half Squat/Separa Menyangkung sebanyak 20 kali. Kemudian dengan tanpa rehat, terus lakukan senaman Push Up/Tekan Tubi sebanyak 20 kali. Ini adalah set pertama.
  • Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua dengan melakukan gabungan gerak senaman yang sama. Lakukan sebanyak 3/4 set.

Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot mengalami masa rehat untuk pulih.

Apa yang dinyatakan di atas adalah asas kepada gerak senaman yang menggunakan otot-otot besar anda. Jika sebelum ini anda tidak biasa bersenam atau kurang melakukan senaman yang agak berat, lakukanlah mengikut kadar kemampuan anda.

Yang penting, anda mesti bermula. Walaupun anda hanya mampu melakukan sebanyak 5 kali bagi setiap gerak senaman, ia adalah lebih baik daripada tidak melakukannya sama sekali.

Jangan paksa diri anda. Bermula pada kadar yang selesa buat diri anda dan tingkatkan kekuatan tubuh anda dari masa ke semasa. 

so boleh buat ker idak senaman2 tu?? (tanya diri sdiri? - BOLEH!!) poyo ;)....hehe, sdiri mau ckp boleh lar kan..if not mmg ler x buat.
maka start esok akn ku cuba..mudah2an..perut bunch ku akan hilang trus....hahaha bleh? dlm mimpi lar kan...dpt kempis bit by bit pun syukur sgt :).

Friday, June 8, 2012

CHEZZY/RAISIN bread??


suatu ptg yg aman....
ME: erm by rasa tekak nak mkn benda2 manis lar syg...
MR HUB: nak roti manis?
ME: roti manis ada raisin bleh? (sambilsenyum kerang bucuk..)
MR HUB: bleh..ada ke raisin?
of COURSE ada...me penggemar raisin...mmg slalu kalu nak cuci mulut x der benda manis nak mkn raisin ler jd bhnnya...

so ptg itu akibat dr kerajinana mr hub yg luar biasa..maka terjadilar roti dibwh..kami ltak bhn2 yg ada..so dpt ler cekau cheese balance2 n raisin sbagai penghias roti home made mr hub - mmg 100% air tgn mr hub..so kna mention lar kan nanti ada yg mrajuk lak..hehe.

sblm masak
lpas masak

rupa paras roti chezzy raisin mr hub...boleh arrrrrrrrr

lets FRUTI

PAUSE yg lama n i'm BACK :)

sedap ke yogurt ni??? tertanya2 sendiri bila tgk sibuk si pelakon cilik Ainul mempromosi outlet tutti frutti dia di magazine lepas2 yg aku baca. huhu...berbuss rupa2nya minah ni..family buss..bleh tahan...ada future punya pelakon. well maksud aku ada pk masa dpan n career n money lar...instead of glamor jer kan.
so di satu hr yg panas...me n mr hub singgah ler one of e' outlet yg baru dibuka di BBSB - bdr baru sg buloh....jeng2..bleh singgah syg?..kita try? . nampak mcm sdap jer mata memandang deco simple outlet ni..sejuk jer gitu..so yogurt dijual mesti sdap juga kan - me cuba jack mr hub. after dpt green lite, maka kami pun masuk outlet yg cantik ni. cantik ke?? lor...bersih ler snang citer..n kema sn teratur jer susun atur furnishing nya...so OK lar. suker tgk. btw this outlet not belong to si pelakon Ainul tu yer.. :)

well, bila masuk agak x tau nak buat apa dulu..kbetulan cust x ramai maka kami minta tunjuk ajar dr staff yg ada...so spt step di bwh ler...

pilih perasa yogurt yg available..ada byk flavor gitu..lbih dr sblah tgn ler...nak mix pun bleh OK.

bila sdiri yg picit..make sure kasi penuh cup yogurt yg ada ambil..cup ada 2 size tau..kalu tamak amik yg beso tp me n mr hub bkn tamak tp sharing maka size cup yg beso ler....hehe


variety of filling bleh ltak dlm yogurt anda...tp kalu nak ltak smua pun bleh..yg penting byr...haha byr ikut berat bkas yogurt anda yg dah berisi tu ler..byk filling yg diletakkan maka makin berat ler cup yogurt anda n makin mahal ler reganya...huhu..mmg genius org yg mreka cipta rega utk produk ni ek!!

so..skian acara memilih filling..now sila timbang n saksikan berat n rega yg tertera OK...wow bleh mletup juga rega tutti fruti ni...sentap skjap jantung den. mahal woo....hehe, byr ler..x kan nak lari plak kan. dlm hati..mungkin time kayo jer bleh enjoy benda ni..if not aiskrim pun jd lar!!

tutti fruti KAMI....

  m_DSC_0434

and yg ini version krabi..pakai ais kepal jer..mcm ABC tp content almost sama mcm tutti frutti plus murah LOL ;-)..


ENJOY?? ya..nikmat..enjoy, syukur dpt juga rasa even mahal..tp skali skala bleh ar....tp x bleh ar jd menu rutin jawabnya...

Sunday, May 6, 2012

my LOVED one..

salam
kbelakangan ni mmg teramat bz di opis..kerja2 mcm x pernah habis tp itu lar kenyataan nya...kerja mmg x pernah habis..kalu habis tu maksudnya anda x bekerja or yg plg confirm is when u r not breathing anymore in this world of ALLAH creation. or juz be glad u r still working to earn some gift to cont survive in this world of $$$..so i'm glad n bersyukur masih diizinkanNYA bekerja.

btw nak citer kisah lama..masa ayah jatuh sakit n hospitalized di hosp kuantan, again kami adik beradik dpt seat together wif my lovely mother..santai2 ptg n bestnya adik tercinta belanja mkn...haha kna loteri adik aku ni kot...tp x yah byk soal..rezeki jgn ditolak. so we demand for kenny rodgers lar...nothing much pun kat ktn some more we are in hurry mood...ayah ditinggal keseorangan sbentar di wad..ksian ayah (x per..x lama) itu janji kami masa bawa umi kuar utk mkn mlm...even hr blm mlm..masih ptg..tp bleh dikira isi perut utk dinner lar :)

tlg arrang meja utk kami ber5...
actually kami adik beradik berempat tp yg bertiga ni yg plg rapat due to kami membesar bersama...along membesar bersama grandparents..so dah besar2 ni baru duduk berdekatan n bermesra..tp bila masing2 dah bkeluarga..along lg sibuk n jrg dpt join aktiviti kami..even dia plg dkat dgn yg lain2..well bg aku itu satu kenyataan yg mengatakan kami mmg x rapat sgt...masa telah memisahkan kami...dah beso payah dah nak satukan kami...cuma certain2 masa n event jer yg dpt melakukan miracle tu..if santai2 shj x der makna nya..mmg payah skit utk along. hurmmm

i juz love to hang out wif my siblings..antara kami ber3 mmg suka bergurau senda n sakat menyakat...even ada yg teriak n terkecik amat kecik hati kekadang tu..tp lumrah. kasih syg kami juga terserlah even dah tua bangka n berkahwin ni kami kalu bersalam berpisah masih lagi cium pipi each other..x der segan even dpn org ramai....n i'm not going to stop doing that...coz i want e' kasih syg last forever n never faded away.....rasa sgt dihargai n disayangi bila dpt berpelukan n berciuman bila nak berpisah balik ke destinasi masing2..sayu rasa hati :(

to my beloved parents pun kami masih do e' same...semoga berkekalan kasih syg n hormat menghormati kami...penting bersalaman tu even kerap balik kg..tp stiap kali dtg n balik..mesti salam satu rumah n hug kisses each other. for along, me can c e' diffnt...dia x biasa berciuman pipi espc dgn ayah n adik bongsu kami...too bad..adik KD handsome woo...ahak2...x cium adik handsome..rugi lar....hahaha.

last week my lil bro birthday n as alwiz i'm forgot coz i'm not good in memorizing all e' families birth day date...sorry. but no matter what, they r e' same important person in my life like my mr HUB....e' very2 precious person in my life. can't choose among them n i dont want to choose at all...pray may ALLAH bless me wif this kasih syg frm my beloved ones forever till i laid to rest. AMIN!!

us...alamak dear sis terlindung la plak...sorry, mr hub bz wif camera..so ini lar hasilnya!!

Sunday, April 22, 2012

Sg CHILLing yg chilling....

salamini citer ttg perkelahan di sg chilling buat kali ke-2....but this time wif few of my neighbours yg dikenali mr hub thru our community FB of bdr tasik puteri...so all together family yg join pi is 5 jer...haha (intro mcm ramai yg follow kan...) ngeh..ngeh..ler..

kami bertolak almost at around 8.30am..as usual janji kul 8am tp disebabkan neighbour2 ku smuanya berkeluarga beso maka kami ber02 amat memahami situasi persiapan mrk...for me..i tg along both of my parents yg kbetulan bercuti seminggu disini.

bekalan yg kami sediakan cuma beehoon goreng n jemput2 pisang for oour breakfast while driving. for lunch ada ayam panggang as a main dish tambahan utk main course yg dibawa oleh jiran2 lain nanti.

perjalanan memakan masa slama 1 jam dr BTP....dlm perjalanan cuaca skali skala mendung...huhu dlm hati berdoa smoga cerah n ceria lar hr..baru sronok utk bekelah n bermain air..even for me, i'm in a red flag situation...so nothing much can be done there..enjoying the scenery n e' sound of nature..i guess ;).

actually sg chilling ni terletak dlm kaw kuala kubu bharu...otw to fraser hill mmg akan pass by ler sg ni...before reach spot ni akan lalu dam KKB juga...erm another nice view location yg jrg dpt dillihat di bdr...so bleh ar lepak2 tgk dam yg teramat ler beso itu...tp awas jgn bunohan diri di sini ya...hahaha..takut woo tgk tasik yg besso gitu..seriau jer...dah ler air tenang sesangat till rasa mcm tasik tu lak yg mrenung kita instead sblaiknya...tenung mcm mau telan org!! bleh??

kami sampai dm kul 9.30...sarap n then terjun ler sesapa yg nak terjun....so enjoy e' pictures.



macam biasa mr hub mmg excited bab mandi air terjun or apa2 lar berkaitan dgn nya....so below aksi2 yg mmg dia request utk capture...aksi terjun tiruk dia lar....hahaha. amek..otw balik kpenatan n ngantuk akibat sakan main air n hempas2 bdn dlm air...truly exhausted..



style tiruk ker ni??


btw kat area our lepak area byk butterfly terbang sana sini...mcm2 color buterflies muncul...mcm dlm tmn rerama lak..tp bkn snang nak capture rerama in actions or static action...lg2 me yg mmg teramat ler amatur bab kamera canggin manggih ni...so apa yg dpt di bwh adalah hasil snap tangkap muat jer ;)..


sekawan rerama.... :)

so around 3pm kami bgerak balik...cuaca pun dah nampak mendung semacam n awan mcm dah terlebih berat nak bendung...budget lpas amik gambar..hujan berderai dgn lebatnya...syukur kami dah bgerak pulang.

bergambar beramai2.....

thanks to all neighbours yg join trip ni....organize/invitation by mr hub..sesaje utk erat kan ukhwah...nxt will be BOWling in e' longkang....hhaha