1) Amalkan cara duduk tegak. Apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
- praktikal utk dibuat di tempat kerja
2) Sapu perut
dengan perahan limau dan kapur makan...sapu dalam urutan membulat hokey.
Kalau rajin boleh balut dengan bengkung.Kena amalkan selalu.
- benkung pun x der..n masa juga (wah super BZ ker aku ni??)
3) Ambil sedikit
daun lidah buaya, masukkan ke dalam periuk dan tambahkan dengan air asam
jawa. Didihkan dengan api kecil sehingga pekat. Tutup api dan biarkan
ramuan menjadi suam dan kemudia baru dilumrkan pada perut.
- kalu hidupan tu pun x der..camna lar nak buat kan...so hanya utk pengetahuan am aku
4) Ambil sedikit
asam jawa dan bancuh dengan segelas air panas. Biarkan semalaman.
Esoknya baru minum. Amalkan setiap hari sehingga mendpat perut idaman..
- ini snang....boleh cuba
5) Jaga pemakanan. Jangan makan makanan berlemak dan berminyak. Ais jangan minum.
- mmg x der ais sejuk kat umah but stillllllllllll...huhu
well slain diatas..senaman pun ok..nak jd citer dulu2 slalu buat sit-up lpas solat subuh..dpt ler dlm 10x sit-up...tp x kekal..celah blum jer...so skrg lg ler, mmg trus x buat...lbih2 lg bila itu bunch x nampak surut...huhu. tp hasil info hr ni spt dibwh:
Masih ramai yang beranggapan senaman seperti “sit up” dan “crunches” akan dapat mengempiskan perut. Sebenarnya, senaman ini TIDAK AKAN mengempiskan perut. Ia hanya akan menguatkan dan menimbulkan bentuk otot-otot abdomen setelah lapisan lemak yang menyeliputinya berjaya disingkirkan.
Untuk memperolehi hasil yang maksima dalam usaha mengempiskan perut, lakukan aktiviti senaman yang banyak menggunakan otot-otot besar. Ini akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh yang akan membakar lemak secara keseluruhan. Kemudian, tambah rutin senaman dengan aktiviti “sit up” dan “crunches” agar bahagian perut akan kelihatan lebih kemas menarik.
Rutin Senaman Yang Berkesan
Peringatan: Sebelum memulakan apa jua gerak senaman, pastikan anda melakukan pemanasan badan sekurang-kurangnya selama 10 minit. Gerakan pemanasan yang boleh dilakukan adalah seperti berlari setempat atau melompat setempat secara perlahan.
1- Half Squat - Separa Menyangkung
Senaman ini merupakan salah satu gerak senaman menggunakan otot besar yang amat efektif untuk meningkatkan metabolisma tubuh.
Cara Melakukan
Peringatan: Sebelum memulakan apa jua gerak senaman, pastikan anda melakukan pemanasan badan sekurang-kurangnya selama 10 minit. Gerakan pemanasan yang boleh dilakukan adalah seperti berlari setempat atau melompat setempat secara perlahan.
1- Half Squat - Separa Menyangkung
Senaman ini merupakan salah satu gerak senaman menggunakan otot besar yang amat efektif untuk meningkatkan metabolisma tubuh.
Cara Melakukan
- Berdiri tegak dengan kaki dibuka selari dengan keluasan bahu.
- Tarik nafas dan mula menyangkung sambil memastikan badan sentiasa tegak. Boleh juga meluruskan tangan ke hadapan untuk mengimbangi badan.
- Apabila peha berada pada sudut 45 darjah (selari dengan lantai), berhenti seketika dan berdiri tegak semula sambil menghembus nafas. Tumpukan perhatian kepada menggunakan otot peha ketika menolak badan untuk berdiri semula.
Lakukan gerakan ini sebanyak 20 kali dalam satu set. Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua. Lakukan sebanyak 3 set. Apabila anda telah semakin kuat, tambahkan menjadi 4 set.
Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot pulih daripada “kerja” berat yang dilakukan.
2-Push Up – Tekan Tubi
Senaman yang menggunakan otot dada secara efektif ini sememangnya sudah dikenali ramai.
Cara Melakukan
- Lakukan posisi meniarap dengan kedua tangan dibuka pada keluasan bahu dan lurus menekan lantai menggunakan tapak tangan. Pastikan belakang tubuh anda dalam keadaan lurus.
- Tarik nafas dan mula turunkan badan anda menuju lantai. Pastikan belakang badan anda sentiasa tegak semasa menurun. Pastikan juga tapak tangan berada pada di paras dada semasa badan anda hampir sampai ke lantai.
- Berhenti apabila badan anda hampir mencecah lantai. Hembus nafas sambil menolak semula badan anda ke posisi permulaan. Tumpukan perhatian kepada menggunakan otot dada untuk melakukan penolakan.
Lakukan gerakan ini sebanyak 10-15 kali dalam satu set. Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua. Lakukan sebanyak 3 set. Apabila anda telah semakin kuat, tambahkan menjadi 4 set.
Tip: Jika anda tidak biasa melakukan senaman ini, anda boleh bermula dengan melakukan posisi meniarap hanya sekadar lutut sahaja. Ini akan mengurangkan tekanan untuk membolehkan anda berjaya melakukan senaman ini. Apabila anda sudah semakin kuat, bolehlah melakukan posisi meniarap sepenuhnya.
Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot mengalami masa rehat untuk pulih.
3- Chin Up
Senaman ini akan menggunakan otot belakang badan anda dengan efektif. Berikan lebih tumpuan kepada menggunakan otot belakang semasa melakukan senaman ini.
Cara Melakukan
- Anda perlu bergayut pada sebuah palang menegak yang mampu menampung berat badan anda. Pastikan badan anda tergantung sepenuhnya dengan tangan anda berada dalam keadaan lurus. Tapak tangan anda boleh menggenggam ke arah belakang atau ke hadapan.
- Tarik nafas dan tarik badan anda ke atas menuju palang. Tarik sehingga dagu anda melepasi palang. Tumpukan perhatian kepada lebih menggunakan otot belakang anda semasa menarik.
- Sebaik sahaja dagu anda melepas palang, turun semula dengan perlahan sambil menghembus keluar nafas sehingga badan anda tegak semula.
Lakukan gerakan ini sebanyak 8-10 kali dalam satu set. Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua. Lakukan sebanyak 3 set. Apabila anda telah semakin kuat, tambahkan menjadi 4 set.
Tip: Untuk memudahkan gerakan ini pada peringkat permulaan, anda boleh tampung berat badan anda dengan meletakkan sebelah kaki di atas kerusi ketika badan anda dalam keadaan tergantung. Semasa anda menarik badan ke atas, tolak sedikit menggunakan sebelah kaki berkenaan.
Cuba beri tumpuan kepada lebih menggunakan otot belakang semasa menarik dan hanya menggunakan sedikit tolakan kaki anda sebagai bantuan.
Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot mengalami masa rehat untuk pulih.
Gerakan-gerakan senaman yang dinyatakan di atas sememangnya agak sukar dilakukan sekiranya anda tidak biasa bersenam. Tetapi lazimnya kesukaran ini hanya di peringkat permulaan sahaja. Apabila anda sudah semakin kuat, anda pasti akan dapat melakukannya dengan lebih mudah.
Gerak Senaman Untuk Hasil Yang Maksima
Apabila anda sudah semakin kuat, anda boleh meningkatkan lagi tahap kesukaran latihan ini. Ini akan meningkatkan lagi kadar metabolisma tubuh anda, kerana anda akan memberi lebih banyak tekanan terhadap otot-otot anda.
Gerakan ini dikenali sebagai “superset”. Ia dilakukan dengan menggabungkan 2 jenis senaman di dalam satu set.
Cara Melakukan
- Lakukan senaman Half Squat/Separa Menyangkung sebanyak 20 kali. Kemudian dengan tanpa rehat, terus lakukan senaman Push Up/Tekan Tubi sebanyak 20 kali. Ini adalah set pertama.
- Rehat selama 30 saat dan mulakan set yang kedua dengan melakukan gabungan gerak senaman yang sama. Lakukan sebanyak 3/4 set.
Lakukan senaman ini 3 kali seminggu. Pastikan anda rehat sehari selepas melakukannya untuk membolehkan otot mengalami masa rehat untuk pulih.
Apa yang dinyatakan di atas adalah asas kepada gerak senaman yang menggunakan otot-otot besar anda. Jika sebelum ini anda tidak biasa bersenam atau kurang melakukan senaman yang agak berat, lakukanlah mengikut kadar kemampuan anda.
Yang penting, anda mesti bermula. Walaupun anda hanya mampu melakukan sebanyak 5 kali bagi setiap gerak senaman, ia adalah lebih baik daripada tidak melakukannya sama sekali.
Jangan paksa diri anda. Bermula pada kadar yang selesa buat diri anda dan tingkatkan kekuatan tubuh anda dari masa ke semasa.
so boleh buat ker idak senaman2 tu?? (tanya diri sdiri? - BOLEH!!) poyo ;)....hehe, sdiri mau ckp boleh lar kan..if not mmg ler x buat.
maka start esok akn ku cuba..mudah2an..perut bunch ku akan hilang trus....hahaha bleh? dlm mimpi lar kan...dpt kempis bit by bit pun syukur sgt :).